SALAM PERDEBATAN

SALAM SEJAHTERA & SALAM PERDEBATAN

PENGUMUMAN TERKINI


Festival Debat dan Pidato Politeknik Malaysia 5.0 akan bermula esok.

Deligasi Politeknik-Politeknik Borneo sudahpun, memulakan perjalanan ke POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN, JOHOR. Semoga selamat sampai, doa kami.

 semoga festival ini berjalan dengan lancar. Apa-apa perkara atau masalah boleh hubungi pihak kami. Kita bertemu di Politeknik Ibrahim Sultan  (PIS) pada hari esok iaitu Khamis jam 8.00 pagi bagi sesi pendaftaran.

Sesi pendaftaran bakal dijalankan di Dewan Kuliah Utama (DKU) iaitu terletak di sebelah bangunan Jabatan Perlancongan dan Hospitaliti (JPH) . Jika anda sesat, boleh merujuk pada ajk yang bertugas pada hari kejadian. AJK kami akan memakai tag ajk untuk memudahkan pengurusan dan komunikasi maklumat pada semua pihak yang bakal hadir.

Pihak kami tidak sabar untuk menyambut semua pihak Politeknik Malaysia dan Antarabangsa serta Kolej Komuniti yang bakal hadir menyertai festival ini berlangsung dari 13 Julai sehingga 16 Julai 2017. Pihak kami juga akan memberi tenaga kerja yang sebaik mungkin untuk memastikan semua pihak berada dalam keadaan selesa.

Sila dapatkan tentatif yang terbaik isitu pada entri post sebelum ini. Link google drive untuk memudahkan proses muat turun tentative kami juga. Harap semua peserta dan pihak yang hadir untuk sentiasa update pada blog dan pafe facebook kami kerana kami akan memuat naikkan segala video dan gambar sepanjang program.

Mari kita tunggu muka siapakah paling bersinar seri untuk di muat naikkan ke dalam laman sesawang ini. Sekian sahaja dari admin blog. Kita akan berjumpa pada hari festival ini. Salam perkenalan , Salam 1 Malaysia dan Salam Muafakat Johor. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih kerana sentiasa membaca blog dan entri ini.





Pengarah Program Karnval Debat.

Comments

Popular posts from this blog

Program Be Cara Johor